26 August 2009

Diari YB Menara Alor Setar-Ahmad Muhaimin


Bangun pagi-pagi (Mj takdela pg sgt)
Tamu dah menanti (HR dh menanti)
Bukan nak cari kopi (cr punch kad la apa lg)
Nak tanya pasal subsidi (pasaipa lewat lg)

Hai belum sempat sarapan (laju je dh mkn ok)
Dah ada pulak panggilan (boss plak panggil)
Kaum kerabat orang kanan (kena pi langkawi)
Nak mintak surat sokongan (kenkadang kt insaniah..mueheheh)

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan (psl royal heritage trail la nih)
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan (aw..make sure aweks foreigner ok)
Disambut dengan kompang

Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi

Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah

Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan

Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan

Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti

"Assalamualaikum YB.."

No comments: